Setelah berbulan lamanya menunggu keputusan pertandingan sudut PPDa kebangsaan.Semalam 22 Oktober 2009 selesailah sudah Majlis Alumni Sahabat PPDa dan Anugerah Pengurusan Sudut Sumber PPDa peringkat kebangsaan yang dipertandingkan pada bulan Ogos lepas.
Dalam majlis tersebut seorang murid dari sekolah kita telah dipilih untuk menerima Anugerah Sahabat PPDa Kebangsaan manakala Pn Guru Besar pula menerima sebuah trofi dan sijil berserta wang sebanyak RM500.00 sebagai hadiah tempat ketiga pertandingan sudut PPDa yang lepas.
apa-apa pun usaha dan tenaga telah dicurahkan.menang kalah bukanlah persoalannya.yang penting kita telah sama-sama berjaya berusaha mencegah anak bangsa dari terus menjadi hamba DADAH.semoga usaha murni kita ini dikira sebagai satu amalan kebajikan yang dikira pada hari akhirat kelak.

keputusan pertandingan sudut PPDa Sekolah Rendah

Johan : Negeri Kedah
Naib Johan :SK Jerantut Jaya,Jerantut Pahang
Ketiga: SK Seri Besout Sungkai Perak.

Pada 28/9-1/10 2009 Bertempat di Purnama Beach Resort Pangkor.Seramai 85 orang JU PPDa seluruh Malaysia Berkumpul bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan
penambah baikan Program PPDa untuk tahun-tahun akan datang.
Para JU juga didedahkan dengan 1 modul baru PPDa (Program Curahan kasih) yang mungkin sangat berkesan kepada seluruh masyarakat sekiranya program ini dapat di gerakan di semua negeri.
Sangat menarik dalam mesyuarat selama 4 hari 3 malam ini.rata-rata peserta
melahirkan rasa seronok dan senang hati dengan pimpinan teratas PPDa
terdiri dari Ketua Unit dari seluruh JPN dan KPM.
sikap mereka yang murah dengan senyuman dan mudah dibawa berbincang
membuatkan semua peserta tidak kekok untuk bermesyuarat.
Alangkah baiknya kalau semua yang berada diatas
kesemuanya bersikap seperti mereka.
Kalau tuan boleh dibuat kawan,semua kerja akan terancang.

 Wakil Negeri Perak





Ketua Unit PPDa JPN


Ucapan Wakil KPM En Badrul


JU Kebangsaan


Sesi Perbengkelan




Puan guru besar sedang menyampaikan hadiah kenang kenangan dari pihak sekolah berupa sijil penghargaan dan cenderamata kepada barisan pengawas PPDa yang di ketuai oleh adik Mohd Aiman bin sabarudin tahun 5 Baiduri.






































TERIMA KASIH DAUN KELADI KEPADA BARISAN PARA JURI PENGHAKIMAN SUDUT PPDa KEBANGSAAN YANG SUDI DATANG KE SK SERI BESOUT.MENANG KALAH BUKANLAH PERSOALANNYA.SEMOGA PARA JURI BERPUAS HATI DENGAN SUDUT PPDa YANG KAMI PERSEMBAHKAN.









Sebagai mengenang jasa para pengawas PPDa dan guru-guru yang bertungkus lumus menyiapkan Sudut PPDa.baru-baru ini diadakan majlis kesyukuran dan kem bina semangat pengawas PPDa.antara pengisiannya gotong royong mengemas sudut PPDa,makan malam(Barbeque),tayangan video.majlis yang bermula pukul 2 petang itu disertai oleh semua pengawas PPDa seramai 18 orang dan guru-guru.tepat jam 10 malam majlis berakhir.pengawas perempuan pulang kerumah manakala pengawas lelaki tidur di sekolah untuk meneruskan program qiamullail.
















Tahniah diucapkan kepada semua pemenang terutamanya guru kelas yang bertungkus lumus menyiapkan bunting kelas mereka sendiri dengan kerjasama anak murid kelas.

29 Julai lalu, 2.30 ptg - Unit PPDa SK Seri Besout telah mengadakan satu program ceramah dan pameran PPDa. Program ini telah mendapat kerjasama pihak Pejabat Kesihatan Daerah dan Pejabat Pergigian yang sudi mengadakan pameran.

Program ini telah dimulakan dengan ceramah bertajuk Ke Arah Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012 dari pegawai AADK Cawangan Tapah, En. Idris. Kedatangan ibubapa murid menggamatkan lagi program ini.









;;