Setelah berbulan lamanya menunggu keputusan pertandingan sudut PPDa kebangsaan.Semalam 22 Oktober 2009 selesailah sudah Majlis Alumni Sahabat PPDa dan Anugerah Pengurusan Sudut Sumber PPDa peringkat kebangsaan yang dipertandingkan pada bulan Ogos lepas.
Dalam majlis tersebut seorang murid dari sekolah kita telah dipilih untuk menerima Anugerah Sahabat PPDa Kebangsaan manakala Pn Guru Besar pula menerima sebuah trofi dan sijil berserta wang sebanyak RM500.00 sebagai hadiah tempat ketiga pertandingan sudut PPDa yang lepas.
apa-apa pun usaha dan tenaga telah dicurahkan.menang kalah bukanlah persoalannya.yang penting kita telah sama-sama berjaya berusaha mencegah anak bangsa dari terus menjadi hamba DADAH.semoga usaha murni kita ini dikira sebagai satu amalan kebajikan yang dikira pada hari akhirat kelak.
keputusan pertandingan sudut PPDa Sekolah Rendah
Johan : Negeri Kedah
Naib Johan :SK Jerantut Jaya,Jerantut Pahang
Ketiga: SK Seri Besout Sungkai Perak.
Sebagai mengenang jasa para pengawas PPDa dan guru-guru yang bertungkus lumus menyiapkan Sudut PPDa.baru-baru ini diadakan majlis kesyukuran dan kem bina semangat pengawas PPDa.antara pengisiannya gotong royong mengemas sudut PPDa,makan malam(Barbeque),tayangan video.majlis yang bermula pukul 2 petang itu disertai oleh semua pengawas PPDa seramai 18 orang dan guru-guru.tepat jam 10 malam majlis berakhir.pengawas perempuan pulang kerumah manakala pengawas lelaki tidur di sekolah untuk meneruskan program qiamullail.
29 Julai lalu, 2.30 ptg - Unit PPDa SK Seri Besout telah mengadakan satu program ceramah dan pameran PPDa. Program ini telah mendapat kerjasama pihak Pejabat Kesihatan Daerah dan Pejabat Pergigian yang sudi mengadakan pameran.
Program ini telah dimulakan dengan ceramah bertajuk Ke Arah Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012 dari pegawai AADK Cawangan Tapah, En. Idris. Kedatangan ibubapa murid menggamatkan lagi program ini.