29 Julai lalu, 2.30 ptg - Unit PPDa SK Seri Besout telah mengadakan satu program ceramah dan pameran PPDa. Program ini telah mendapat kerjasama pihak Pejabat Kesihatan Daerah dan Pejabat Pergigian yang sudi mengadakan pameran.

Program ini telah dimulakan dengan ceramah bertajuk Ke Arah Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012 dari pegawai AADK Cawangan Tapah, En. Idris. Kedatangan ibubapa murid menggamatkan lagi program ini.









0 Comments:

Post a Comment