Setelah berbulan lamanya menunggu keputusan pertandingan sudut PPDa kebangsaan.Semalam 22 Oktober 2009 selesailah sudah Majlis Alumni Sahabat PPDa dan Anugerah Pengurusan Sudut Sumber PPDa peringkat kebangsaan yang dipertandingkan pada bulan Ogos lepas.
Dalam majlis tersebut seorang murid dari sekolah kita telah dipilih untuk menerima Anugerah Sahabat PPDa Kebangsaan manakala Pn Guru Besar pula menerima sebuah trofi dan sijil berserta wang sebanyak RM500.00 sebagai hadiah tempat ketiga pertandingan sudut PPDa yang lepas.
apa-apa pun usaha dan tenaga telah dicurahkan.menang kalah bukanlah persoalannya.yang penting kita telah sama-sama berjaya berusaha mencegah anak bangsa dari terus menjadi hamba DADAH.semoga usaha murni kita ini dikira sebagai satu amalan kebajikan yang dikira pada hari akhirat kelak.

keputusan pertandingan sudut PPDa Sekolah Rendah

Johan : Negeri Kedah
Naib Johan :SK Jerantut Jaya,Jerantut Pahang
Ketiga: SK Seri Besout Sungkai Perak.

0 Comments:

Post a Comment